Wednesday, November 24, 2010

SENTUHAN KASIH DARI RABBMU..


Sentuhan kasih dari rabbmu..
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.


Sahabiah yang dikasihi kerana allah,

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat allah swt kerana dia menyayangi kita, memilih kita untuk merasai nikmat-nikmat terbesarnya, nikmat iman dan nikmat islam. Allah tidak memilih anak nabi nuh untuk diberi hidayah, bukan juga bapa nabi ibrahim, bukan juga bapa saudara nabi muhammad saw, abu talib. Tetapi dia memilh kita yang tidak pernah bertemu dengan mana-mana nabi pun. Dalam berjuta-juta manusia di atas muka bumi, kita yang dipilihnya. Dengan kegigihan dan kecintaan nabi saw kepada ummatnya, islam sampai kepada kita. Subhanallah, alamdulillah, allahuakbar!

Sahabiahku se‘aqidah,

Allah telah bertitah di dalam sebuah hadis qudsi:
“hambaku menyombongkan diri terhadapku dengan berbagai bentuk kemegahan, padahal akulah yang melindungi mereka di tempat tidur mereka.  Antaraku dan jin serta manusia terjadi berita besar;  bahawa aku yang menciptakan namun yang disembah adalah selainku. Aku yang mamberi rezeki namun selainku yang disyukuri.  Kebaikanku sentiasa turun kepada para hamba, tetapi kejahatan merekalah yang naik kepadaku.  Aku mencintai mereka dengan memberikan mereka nikmat-nikmatku, sedangkan aku tidak memerlukan mereka.  Mereka memancing kemurkaanku dengan berbagai kemaksiatan padahal mereka adalah yang paling perlu kepadaku.  Sesiapa yang datang kepadaku maka ia akan kujemput dari kejauhan.  Sesiapa yang berpaling dariku, aku akan memanggilnya dari kejauhan.  Sesiapa yang meninggalkan sesuatu demi aku, akan kuberikan kepadanya lebih dari cukup.  Sesiapa yang menginginkan keredhaanku, aku pun menginginkan apa yang diinginkannya.  Sesiapa yang bertindak dengan bergantung pada daya dan kekuatanku, maka akan kulunakkan besi baginya.  Orang yang mengerjakan maksiat, tidak akan kubuat mereka berputus asa dari rahmatku;  jika mereka betaubat kepadaku maka aku akan menjadi kekasih mereka, sebab aku mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri.  Kalau mereka tidak bertaubat kepadaku, maka aku akan bertindak sebagai doktor mereka;  akan kuberikan cobaan kepada mereka dengan berbagai musibah untuk membersihkan mereka dari berbagai aib.  Dan sesiapa yang lebih mementingkan aku dari selainku, aku akan lebih mementingkannya dari orang lain.  Satu kebaikan di sisiku adalah senilai sepuluh kali ganda yang sepertinya, hingga tujuh ratus kali ganda, hingga ke gandaan yang banyak sekali.  Sedangkan kejahatan di sisiku adalah bernilai satu.  Maka jika ia telah menyesal dan memohon ampun, maka aku pun mengampuninya.  Aku mensyukuri amal kebajikan yang sedikit dan mengampuni banyak kesalahan.  Kasih sayangku mendahului murkaku. Sifat penyantunku mendahului keputusanku menjatuhkan hukuman.  Pemberian maafku lebih mendahului siksaanku.  Aku lebih pengasih kepada hamba-hambaku daripada kasih sayang ibu terhadapnya.”
(ruj: butir-butir ma’rifatullah ibnul qayyim al-jauziyah:
Menggapai manisnya iman
Oleh syaikh shaleh syadi)

Sahabiahku, alangkah baiknya tuhanmu. Bergeraklah menuju khaliqmu, pintunya sentiasa terbuka buatmu…

Firmannya:
“katakanlah kepada hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri: janganlah kamu berputus asa dari rahmat allah.  Sesungguhnya allah bersedia mengampuni semua dosa.  Sungguh, dialah yang maha pengampun lagi maha penyayang.”
(az-zumar 39: 53)
Itulah rahmat allah yang dapat menampung semua maksiat walau bagaimana besar sekalipun.  Itulah seruan allah mengajak manusia kembali kepadanya, iaitu mengajak orang-orang yang melakukan maksiat yang melampaui batas, liar dan begitu jauh di belantara kesesatan, kepada harapan dan kepercayaan untuk mendapat keampunan dari allah kerana allah maha penyayang terhadap hamba-hambanya dan mengetahui segala kelemahan mereka, juga mengetahui segala factor-faktor yang mempengaruhi mereka dari dalam jiwa mereka sendiri dan dari luar.  Allah mengetahui bahawa syaitan menunggu manusia di setiap tempat untuk menyerang hendap ke atas mereka.  Setiap jalan yang dilalui mereka dihalang syaitan, dan syaitan mengemblengkan angkatan tenteranya yang berkuda dan berjalan kaki untuk menyerang mereka. Syaitan bekerja keras dan bertungkus lumus melaksanakan kerja-kerja jahatnya, dan dia tahu bahawa kejadian manusia itu lemah dan bahawa mereka itu cepat gugur apabila sahaja terlepas dari tangannya tali hubungan dengan allah.  Tugas-tugas, kecenderungan-kecenderungan dan keinginan hawa nafsu yang ada di dalam jiwa mereka begitu cepat menyeleweng dan hilang imbangannya.  Ini menyebabkan mereka terumbang-ambing di sana-sini dan jatuh ke dalam maksiat, sedangkan mereka lemah untuk memelihara dan mengawal imbangan yang baik.
Allah swt, mengetahui mengetahui semua kelemahan ini pada makhluk manusia, kerana itu dia menghulurkan pertolongan dan meluaskan rahmat kepada mereka.  Dan dia tidak membinasakan manusia dengan sebab maksiat-maksiat mereka sehingga dia menyediakan segala wasilah (sarana) untuk memperbaiki kesalahan mereka dan membetulkan langkah mereka supaya berjalan di atas jalan yang lurus.  Dan apabila mereka terjerumus di dalam maksiat dan melakukan dosa yang keterlaluan sehingga mereka mengira bahawa mereka telah diusir dari rahmat allah dan nasib kesudahannya telah berakhir dan tidak dapat ke mana-mana lagi, maka di saat-saat putus asa inilah mereka mendengar seruan ilahi yang lembut dan amat halus: “katakanlah kepada hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri: janganlah kamu berputus asa dari rahmat allah.  Sesungguhnya allah bersedia mengampuni semua dosa.  Sungguh, dialah yang maha pengampun lagi maha penyayang.”
Tiada yang memisahkan di antara orang-orang yang melakukan maksiat, terjerumus dalam dosa, lari dari keselamatan dan mengikut jalan yang sesat.  Tiada jalan di antara mereka dan rahmat allah yang lembut dan bayangannya yang menyegarkan melainkan hanya bertaubat sahaja, iaitu kembali memasuki pintu taubat yang sentiasa terbuka, di mana tiada pengikut yang akan menahan mereka dan tidak perlu kepada meminta keizinan untuk memasukinya:
“dan kembalilah kepada rabb kamu dan serahlah diri kamu kepadanya sebelum azab menimpa kamu dan selepas itu kamu tidak akan ditolong lagi.  Dan ikutilah (al-qur’an) sebaik-baik (hidayah) yang diturunkan kepada kamu dari tuhan kamu sebelum azab menimpa kamu secara mendadak, sedangkan kamu tidak sedar.”
(az-zumar 39: 54-55)
Kembali kepada allah menyerahkan diri kepadanya dan pulang semula kepada bayangan keta’atan dan penyerahan diri yang teduh, inilah sahaja langkah yang perlu untuk mendapat rahmat allah.  Di sana tidak ada upacara-upacara, tidak ada istiadat-istiadat, tidak ada halangan-halangan, tidak ad orang-orang tengah dan tidak ada tukang-tukang syafa’at!  Itulah hisab secara lansung di antara hamba dan allah.  Dan itulah hubungan secara lansung antara makhluk dan khaliq, justeru itu barangsiapa dari orang-orang yang menyeleweng yang ingin kembali kepada allah, maka silakan kembali dan barangsiapa dari orang-orang sesat yang ingin kembali kepada allah, maka silalah bertaubat, sesiapa dari penderhaka-penderhaka yang ingin menyerah diri kepada allah, silalah menyerah, silalah datang dan masuk, kerana pintu sedang terbuka dan bayangan yang teduh, lembut, selesa semuanya berada di sebalik pintu ini di mana tiada pengawal dan tiada pula pemeriksa!  Silalah bertaubat segera sebelum luput waktu… silalah pulang!  Sebelum kamu menyesal kerana terlepas peluang, kerana cuai menunaikan kewajipan terhadap allah…
(di bawah naungan al-qur’an
Syed qutb)

Usahlah dikhuatiri ancaman dan cercaan manusia terhadapmu, kerana manusia itu lemah seperti juga dirimu.

Sabda rasulullah saw:
“apabila engkau meminta, mintalah kepada allah, dan jika engkau meminta tolong, mintalah kepada allah.  Dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berhimpun untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak dapat memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu melainkan sekadar yang telah dituliskan oleh allah bagimu.  Dan ketahuilah sekiranya berhimpun umat untuk memudharatkanmu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan dapat memudharatkanmu melainkan sekadar yang telah ditulis oleh allah atasmu.”
(hadis riwayat tarmizi)

Semoga kalian sentiasa dibawah naungan rahmat & kasih sayangnya, bimbingan & tarbiyahnya serta naungan pemeliharaannya.

 Ukhuwah fillah walillah
najwa_nabihah

No comments:

Post a Comment