Friday, December 24, 2010


aku tak takut berdiri sendiri..

REDHO..


Bismillahirrahmanirrahim.

semalam…. 

Ana masih sedih dgn result ana. kakak plak masih membandingkan.. sakit hati.. Lagi bertambah sedih, kawan2 ana ramai dapat E..
pulang ke rumah. Buka laptop abang.. buka fb..
ramai yang online.. semua pakat tanya aku dapat berapa A..
malas nya nak layan.. terus pergi makan tengahari bersama emak di meja makan.. ana diam saja.
Emak cakap “ Alhamdulillah.. ada A.. daripada kawan2 Biah, ramai yang tak ada A, ada fail. Biah ad B saja, C pon tak ada..” 
diam.. Cuma bersuara di dalam hati. “ emak, 3 A tu biasa la.. macam trial biah..”
petang itu..
ana buka laptop ayah pulak. Buka fb.. abang kpd seorang kawan ana ini online. Beliau bekerja sebagai pensyarah di Kolej Teknologi Darulnaim, Kelantan.

.......
Ana       : salam abg ali.. betapa susahnya ana nak redho dgn result ana..macamana nak buat   ni??

Jawapannya sungguh memberi inspirasi..

Ustaz ali : wassalam.. pandangan dengan jiwa dan hati..lihatlah ia dengan sanubari
dan berikan masa utk merenungi..
Reda. pasrah. dan menerima ketentuan Ilahi harus diiringi dengan jiwa yang tahan diuji.     tiada perkara yg mampu menharungi dan menghadapinya kecuali dengan Keimanan yg kuat dan hati yang kukuh..Bersabarlah , yakinlah inilah ketentuan buat diri.
Allah SWT akan memberikan sesuatu yang lebih baik di masa hadapan
aggaplah ia bahawa, kejayaan saudari tertangguh di lain hari
Yakinlah dengan Ilahi
kerana, menyakini tidak pernah diragui
akan memberikan ketenangan yg hakiki.
afwan .


air mataku sudah mula bertakung.. baruku sedar.. Allah bagi semua ini banyak sangat hikmahnya.
Terima kasih ya Allah.. aku ini hamba Mu.. tidak punya apa2. Engkau lebih tahu apa yang terbaik untuk diri ini..
Alhamdulillah..

Aku tanya lagi..

Ana      : kenapa ana rasa macam nak salahkan orang lain.. kawan2 ana..

Ustaz Ali: itu bisikan syaitan. jangan salahkan sesiapa.. reda itu kita TERIMA DENGAN HATIyang lapang. istighfar banyak-banyak. mungkin ini kerana dosa-dosa, kelalaian  kita lakukan..    
Allah hendak didik kita dengan result ini. Mungkin Allah nak tangguhkan kejayaan anti dan beri pada satu masa nanti. Barakallah


Air mataku mengalir semakin deras.. terima kasih abang ali. Nasihat yang sangat bermakna. Muhasabah balik diri ini yang dah banyak terleka.. banyak dosa aku buat tanpa sedari.
satu soalan terakhir..

Ana       : kenapa orang2 diluar sana.. dapat banyak lagi.. sedangkan mereka tak hormat guru2.. buat masalah..    

Ustaz Ali : Kita bimbang, jika kita buat perkara yg tidak elok, dosa dan kelakuan yg tidak soleh . tetapi Allah berikan kejayaan. Ia akan melekaan kita lagi. Ini namanya istidraj. tak pa, biarkan yg berlalu itu berlalu mulakan kehidupan baharu yg dinamik, soleh dan bererti. InsyaAllah.. mabruk alaiki..

Ana       : jazakallah.. nasihat yang amat bermakna.. wassalam..

Subhanallah!! Bagai dapat nyawa kmbali.. alhamdulillah allah hantarkan ada insan yang memberi peringatan sebegini buatku..
Nafas baru..
Aku mengusap air mataku dan bertahmid berkali2.. SPM ada lagi. Itukan Cuma peperiksaan duniawi.. peperiksaan akhirat yang ku tempuhi setiap hari.. adakah aku Berjaya??.. mulakan hidup baru... aku terus memberi motivasi pada diri sendiri..


-nabihah-

Thursday, December 23, 2010

today.. PMR..


 

Hari ini..23 / 12/ 2010.. keputusan PMR diumumkan..
Sudah pasti semua calon2 PMR sudah mula cuak seminggu sblumnya.. termasuklah diri ini.
Semalam.. aku bersembang dgn nadzifatun najwa melaui fb. Dia cakap.. nabihah, 9 A..nothing impossible.. argh!! Tu bagi dia.. kalau aku ni, may be lah.. dia asyik memberi ku keyakinan.. tapi, hatiku rasa tidak mungkin.. aku ni bukanlah pelajar yang pintar.. biasa2 je..
Hari ini..
“ biah, bangunlah!! Mak ajak amek result..” adek kembarku itu kejut aku dari tidur..
Aku mengenyeh-ngenyeh mataku. “ ha!! Alah, malas lah.. tak nak pergi lah.. kawan2 Biah ramai tak amek. Call je.” ..
Sebenarnya takut.. kakiku sudah mula rasa sejuk..
Adikku berlari ke ruang tamu sambil menjerit “ mak, biah kata tak mau pergi.”
“tak nak pergi sudah.. emak pergi amek.” Jawab ibuku kembali..
“ adosh!! Baik aku pergi”  monolog sendirian..
Punya lama emak aku tunggu aku.. aku sengaja buat lambat2..kui3..
Tiba2.. henset emak aku bunyi… “ sah!! Adik beradik aku ni.. belom dapat lagi.. dah call” suara aku dah mula tak da..
Memang pon.. mak sedara di perak tu call..alhamdulillah tak dapat result lagi..

Kat matri…
Mula2..aku jumpa tasnim.. sembang2 jap. Selepas tu, aku dgn tasnim insyirah nak pergi pejabat nak tengok yuran dah abes bayar ke belum..
Selesai dah..
Result ambil di lobi putera..
Huh!!
Aku dan tasnim dah mula pegang2 tangan.. sejuk..berpeluh-peluh..
Semua kawan-kawanku bertolak2 tak nak jumpa cikgu ambil slip.. takut…waktu ni..semua oarng tak tau lagi dapat berapa..
cikgu yang jaga ada 5 orang.. cikgu izzah husna, cg. Dahlan, cg. Rogayyah , us. Yazib..lagi seorang tak ingat..
Pelajar puteri dgn cg. Izzah manakala pelajar putera cg. Dahlan dan cg. Rogayyah.
 Maka… hehe.. aku dan tasnim la yang beralah jumpa cikgu..
 “ nama apa??” Tanya cikgu izzah dalam nada yang tenang. “ nabihah binti nawawi, cikgu”..
Pnye la lama cikgu cari nama aku..tak jumpa2…. Ketaq dah ni..
Rupa2nya cg cari kat pelajar puteri kelas 3 p Asiah.. aku kelas 3 p ummu aiman..
Patotlah.. hehe
“nabihah.. Alhamdulillah.. result anti elok2..3 A 6 B.. math anti dapat A..tahniah!!”
Terkejut aku.. tapi, senyumanku tak lekang dari bibir.. bukan sebab gembira, tapi.. ntah lah.. tak de sebab kot.. hehe
“ hah!! Elok cikgu cakap??” jawabku di dalam hati..
Selepas aku.. cik tasnim pla..
Dia sama ngn aku.. dapat 3 A, 4B, 2C..
Tasnim kelihatan sangat gembira.. bibirnya tak lekang dengan senyuman.. lidahnya asyik bertahmid. Alhamdulillah.. aku… entah lah… masih tak puas hati.. tunggu ummi nadia pla.. dia dapat 1 A ..Alhamdulillah..nasywah dapat 4 A 4B 1c.. 
Tahniah tasnim... tahniah ummi… tahniah nasy!! 
emak datang.. minta tengok result aku.. emak senyum je.. tak kata apa2 pon.. huh! Lega…
ha!! lupa nak bagitau.. sahibah sepena dgn aku ni.. najwa, dapat 9 A!! tahniah!! congratz2..
                                                    -nabihah-

Monday, December 20, 2010

MASA DEPAN DITANGAN ISLAM

Sudah ditakdirkan
Pucuk perpisahan kan muncul jua
Perpisahan tidak semestinya disambut dengan air mata
Yang pergi akan tetap pergi
Untuk membuka ladang kehidupan yang baru

Sunyi malam dan rentak puisi yang hiba
Telah menangisi bintang yang kelam
Bait-bait yang pilu telah mengajarku tentang kehidupan ini..
Kehidupan dan perjuangan yang aku cita-citakan
Mengajar aku menjadi lebih berani
Walaupun semua menyambut sunyi perjuangan ini

Aku akan berlari dilebuh raya perjuangan ini
Sampai bila-bila kau akan temui aku disini dan disini..

Rindu yang berat kepada sepi yang mendarat
Akan ku lupakan..
Kerana perjuangan yang aku cita-citakan tidak pernah berhujungan
Masa depan pasti ku pastikan di tangan islam..

 hasil nukilan
Dato' Ahmad Syafi'e
(bapa saudaraku)

Tuesday, November 30, 2010

FENOMENA LEMAH IMAN



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTzKqrVvzOLszj2OQMQx2NOgPWF3Uba7mCHXkSioBY4AinmO2ccSegala puji dan puja dipanjatkan hanya kepada Allah SWT Yang Maha Memiliki Kesempurnaan dan Maha Mengampuni kesilapan dan kelemahan makhluk.  Alhamdulillah, kita masih dapat menikmati nikmat-nikmat terbesarNya, nikmat Iman, nikmat Islam dan nikmat mengingatiNya walaupun terkadang kita terlalu lalai untuk merasai kehadiranNya.  Astaghfirullah!!  Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW pembawa rahmat ke seluruh alam, ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat Ridhwanullah ‘alaihim dan juga pemikul-pemikul risalah yang menyambung perjuangan bagina SAW sehingga hari ini.

Sahabiah yang dikasihi fillah walillah,
          Sungguh, kehidupan tanpa Iman terasa sangat hambar, kerana tidak terisi dengan penghayatan lillahiwahdah.  Ketika itu, hati ini memilih untuk mati daripada meneruskan kehidupan tanpa merasai kehangatan Iman.  Apalah gunanya kehidupan bergelumang dengan dosa?!  Itulah saat apabila kita dibiarkan mengurusi hidup sendiri dek melonggarkan hubungan dengan Allah.  Sesungguhnya, seseorang itu hanya melakukan dosa apabila Allah membiarkannya mengurusi hidupnya sendiri.  Mungkin biasa kita dengar ungkapan-ungkapan seperti “Aku merasakan adanya kekerasan di dalam hatiku, aku tidak mendapatkan kenikmatan dalam beribadah, aku merasakan bahawa Iman di dalam hati ini seakan-akan berada di dalam jurang, Aku tidak terpengaruh oleh bacaan al-Qur’an dan mengapa mudah sekali aku terjerumus ke dalam kedurhakaan?” begitulah orang yang sedang mengalami fenomena lemah iman rasai.
Sesungguhnya penyakit lemah iman itu mempunyai beberapa tanda dan fenomena:
©       Melakukan dosa.  Mungkin pada mulanya, terasa janggal melakukan dosa.  Kemudian apabila dosa itu diulang, lama kelamaan ianya menjadi suatu kebiasaan yang sukar untuk ditinggalkan, dan seterusnya hati menjadi sirna(hilang daripadanya) daripada merasai kesan melakukan dosa itu.
©       Merasakan adanya kekerasan dan kekakuan hati.  Kerana perasaan ini, seseorang merasakan seakan-akan hatinya telah berubah laksana batu keras yang hampir mustahil diusik dan dipengaruhi sesuatu pun.  Allah telah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 74 “Kemudian setelah itu, hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi.”  Orang yang hatinya keras tidak mampu dipengaruhi dengan nasihat hatta kematian sekali pun.
©       Tidak tekun dalam beribadah.  Antara tandanya ialah tidak khusyuk serta hilang tumpuan semasa solah, membaca al-Qur’an, berdoa dan lain-lain.  Tidak menyemak dan memikirkan makna-makna doa, sehingga dia membacanya hanya sekadar rutin yang membosankan.  Padahal Allah S.W.T. tidak menerima doa yang dibaca hanya sekadarnya sahaja, sebagaimana yang disebutkan di dalam sebuah hadis riwayat At-Tarmizi “Tidak akan diterima doa dari hati yang lalai dan main-main.”
©       Malas untuk melakukan amal dan ibadah serta meremehkannya.  Kalaupun ibadah itu dilakukan, itu hanya sekadar aktiviti yang kosong tanpa roh.  Tidak adanya perhatian untuk mendapatkan pahala Allah S.W.T..
©       Dada terasa menyesak, perubahan perilaku dan tabiat yang terbelenggu.  Sehingga seakan-akan merasakan beban berat yang menghimpitnya.  Cepat sahaja menjadi resah dan gelisah kerana suatu masalah yang remeh, dan sirnanya rasa lapang dalam hatinya.  Sedangkan Rasulullah S.A.W. telah mensifati Iman di dalam hadisnya (Silsilah ash-shahihah) sebagai “Iman itu ialah kesabaran dan kelapangan hati.”
©       Tidak tersentuh oleh ayat-ayat al-Qur’an.  Tidak tersentuh dengan janji, ancaman, perintah, pensifatan kiamat dan lain-lainnya di dalam al-Qur’an.
©       Melalaikan dalam hal berzikir dan berdoa.  Menjadi satu pekerjaan yang berat bagi dirinya berzikir dan berdoa.  Seperti yang disifatkan Allah sebagai orang munafik di dalam firmanNya di dalam surahan-Nisa’ ayat 142 “dan mereka tidak menyebut nama Allah kecuali sedikit sekali.”
©       Tidak merasa bertanggungjawab untuk beramal demi kepentingan Islam.

Mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya ke atas kita, dikurniakan Iman yang teguh dan layak untuk menyusul ke syurga.  Amin.

Wednesday, November 24, 2010

SENTUHAN KASIH DARI RABBMU..


Sentuhan kasih dari rabbmu..
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.


Sahabiah yang dikasihi kerana allah,

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat allah swt kerana dia menyayangi kita, memilih kita untuk merasai nikmat-nikmat terbesarnya, nikmat iman dan nikmat islam. Allah tidak memilih anak nabi nuh untuk diberi hidayah, bukan juga bapa nabi ibrahim, bukan juga bapa saudara nabi muhammad saw, abu talib. Tetapi dia memilh kita yang tidak pernah bertemu dengan mana-mana nabi pun. Dalam berjuta-juta manusia di atas muka bumi, kita yang dipilihnya. Dengan kegigihan dan kecintaan nabi saw kepada ummatnya, islam sampai kepada kita. Subhanallah, alamdulillah, allahuakbar!

Sahabiahku se‘aqidah,

Allah telah bertitah di dalam sebuah hadis qudsi:
“hambaku menyombongkan diri terhadapku dengan berbagai bentuk kemegahan, padahal akulah yang melindungi mereka di tempat tidur mereka.  Antaraku dan jin serta manusia terjadi berita besar;  bahawa aku yang menciptakan namun yang disembah adalah selainku. Aku yang mamberi rezeki namun selainku yang disyukuri.  Kebaikanku sentiasa turun kepada para hamba, tetapi kejahatan merekalah yang naik kepadaku.  Aku mencintai mereka dengan memberikan mereka nikmat-nikmatku, sedangkan aku tidak memerlukan mereka.  Mereka memancing kemurkaanku dengan berbagai kemaksiatan padahal mereka adalah yang paling perlu kepadaku.  Sesiapa yang datang kepadaku maka ia akan kujemput dari kejauhan.  Sesiapa yang berpaling dariku, aku akan memanggilnya dari kejauhan.  Sesiapa yang meninggalkan sesuatu demi aku, akan kuberikan kepadanya lebih dari cukup.  Sesiapa yang menginginkan keredhaanku, aku pun menginginkan apa yang diinginkannya.  Sesiapa yang bertindak dengan bergantung pada daya dan kekuatanku, maka akan kulunakkan besi baginya.  Orang yang mengerjakan maksiat, tidak akan kubuat mereka berputus asa dari rahmatku;  jika mereka betaubat kepadaku maka aku akan menjadi kekasih mereka, sebab aku mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri.  Kalau mereka tidak bertaubat kepadaku, maka aku akan bertindak sebagai doktor mereka;  akan kuberikan cobaan kepada mereka dengan berbagai musibah untuk membersihkan mereka dari berbagai aib.  Dan sesiapa yang lebih mementingkan aku dari selainku, aku akan lebih mementingkannya dari orang lain.  Satu kebaikan di sisiku adalah senilai sepuluh kali ganda yang sepertinya, hingga tujuh ratus kali ganda, hingga ke gandaan yang banyak sekali.  Sedangkan kejahatan di sisiku adalah bernilai satu.  Maka jika ia telah menyesal dan memohon ampun, maka aku pun mengampuninya.  Aku mensyukuri amal kebajikan yang sedikit dan mengampuni banyak kesalahan.  Kasih sayangku mendahului murkaku. Sifat penyantunku mendahului keputusanku menjatuhkan hukuman.  Pemberian maafku lebih mendahului siksaanku.  Aku lebih pengasih kepada hamba-hambaku daripada kasih sayang ibu terhadapnya.”
(ruj: butir-butir ma’rifatullah ibnul qayyim al-jauziyah:
Menggapai manisnya iman
Oleh syaikh shaleh syadi)

Sahabiahku, alangkah baiknya tuhanmu. Bergeraklah menuju khaliqmu, pintunya sentiasa terbuka buatmu…

Firmannya:
“katakanlah kepada hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri: janganlah kamu berputus asa dari rahmat allah.  Sesungguhnya allah bersedia mengampuni semua dosa.  Sungguh, dialah yang maha pengampun lagi maha penyayang.”
(az-zumar 39: 53)
Itulah rahmat allah yang dapat menampung semua maksiat walau bagaimana besar sekalipun.  Itulah seruan allah mengajak manusia kembali kepadanya, iaitu mengajak orang-orang yang melakukan maksiat yang melampaui batas, liar dan begitu jauh di belantara kesesatan, kepada harapan dan kepercayaan untuk mendapat keampunan dari allah kerana allah maha penyayang terhadap hamba-hambanya dan mengetahui segala kelemahan mereka, juga mengetahui segala factor-faktor yang mempengaruhi mereka dari dalam jiwa mereka sendiri dan dari luar.  Allah mengetahui bahawa syaitan menunggu manusia di setiap tempat untuk menyerang hendap ke atas mereka.  Setiap jalan yang dilalui mereka dihalang syaitan, dan syaitan mengemblengkan angkatan tenteranya yang berkuda dan berjalan kaki untuk menyerang mereka. Syaitan bekerja keras dan bertungkus lumus melaksanakan kerja-kerja jahatnya, dan dia tahu bahawa kejadian manusia itu lemah dan bahawa mereka itu cepat gugur apabila sahaja terlepas dari tangannya tali hubungan dengan allah.  Tugas-tugas, kecenderungan-kecenderungan dan keinginan hawa nafsu yang ada di dalam jiwa mereka begitu cepat menyeleweng dan hilang imbangannya.  Ini menyebabkan mereka terumbang-ambing di sana-sini dan jatuh ke dalam maksiat, sedangkan mereka lemah untuk memelihara dan mengawal imbangan yang baik.
Allah swt, mengetahui mengetahui semua kelemahan ini pada makhluk manusia, kerana itu dia menghulurkan pertolongan dan meluaskan rahmat kepada mereka.  Dan dia tidak membinasakan manusia dengan sebab maksiat-maksiat mereka sehingga dia menyediakan segala wasilah (sarana) untuk memperbaiki kesalahan mereka dan membetulkan langkah mereka supaya berjalan di atas jalan yang lurus.  Dan apabila mereka terjerumus di dalam maksiat dan melakukan dosa yang keterlaluan sehingga mereka mengira bahawa mereka telah diusir dari rahmat allah dan nasib kesudahannya telah berakhir dan tidak dapat ke mana-mana lagi, maka di saat-saat putus asa inilah mereka mendengar seruan ilahi yang lembut dan amat halus: “katakanlah kepada hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri: janganlah kamu berputus asa dari rahmat allah.  Sesungguhnya allah bersedia mengampuni semua dosa.  Sungguh, dialah yang maha pengampun lagi maha penyayang.”
Tiada yang memisahkan di antara orang-orang yang melakukan maksiat, terjerumus dalam dosa, lari dari keselamatan dan mengikut jalan yang sesat.  Tiada jalan di antara mereka dan rahmat allah yang lembut dan bayangannya yang menyegarkan melainkan hanya bertaubat sahaja, iaitu kembali memasuki pintu taubat yang sentiasa terbuka, di mana tiada pengikut yang akan menahan mereka dan tidak perlu kepada meminta keizinan untuk memasukinya:
“dan kembalilah kepada rabb kamu dan serahlah diri kamu kepadanya sebelum azab menimpa kamu dan selepas itu kamu tidak akan ditolong lagi.  Dan ikutilah (al-qur’an) sebaik-baik (hidayah) yang diturunkan kepada kamu dari tuhan kamu sebelum azab menimpa kamu secara mendadak, sedangkan kamu tidak sedar.”
(az-zumar 39: 54-55)
Kembali kepada allah menyerahkan diri kepadanya dan pulang semula kepada bayangan keta’atan dan penyerahan diri yang teduh, inilah sahaja langkah yang perlu untuk mendapat rahmat allah.  Di sana tidak ada upacara-upacara, tidak ada istiadat-istiadat, tidak ada halangan-halangan, tidak ad orang-orang tengah dan tidak ada tukang-tukang syafa’at!  Itulah hisab secara lansung di antara hamba dan allah.  Dan itulah hubungan secara lansung antara makhluk dan khaliq, justeru itu barangsiapa dari orang-orang yang menyeleweng yang ingin kembali kepada allah, maka silakan kembali dan barangsiapa dari orang-orang sesat yang ingin kembali kepada allah, maka silalah bertaubat, sesiapa dari penderhaka-penderhaka yang ingin menyerah diri kepada allah, silalah menyerah, silalah datang dan masuk, kerana pintu sedang terbuka dan bayangan yang teduh, lembut, selesa semuanya berada di sebalik pintu ini di mana tiada pengawal dan tiada pula pemeriksa!  Silalah bertaubat segera sebelum luput waktu… silalah pulang!  Sebelum kamu menyesal kerana terlepas peluang, kerana cuai menunaikan kewajipan terhadap allah…
(di bawah naungan al-qur’an
Syed qutb)

Usahlah dikhuatiri ancaman dan cercaan manusia terhadapmu, kerana manusia itu lemah seperti juga dirimu.

Sabda rasulullah saw:
“apabila engkau meminta, mintalah kepada allah, dan jika engkau meminta tolong, mintalah kepada allah.  Dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berhimpun untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak dapat memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu melainkan sekadar yang telah dituliskan oleh allah bagimu.  Dan ketahuilah sekiranya berhimpun umat untuk memudharatkanmu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan dapat memudharatkanmu melainkan sekadar yang telah ditulis oleh allah atasmu.”
(hadis riwayat tarmizi)

Semoga kalian sentiasa dibawah naungan rahmat & kasih sayangnya, bimbingan & tarbiyahnya serta naungan pemeliharaannya.

 Ukhuwah fillah walillah
najwa_nabihah

Sunday, November 21, 2010

HOLD MY HAND



I hear the flower’s kinda crying loud
The breeze’s sound in sad
Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold My Hand
There are many ways to do it right
Hold My Hand
Turn around and see what we have left behind
Hold My Hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Children seem like they’ve lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore , heartbreaking crying sounds
And we’re still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it’s a daily basic affair

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold My Hand
There are many ways to do it right
Hold My Hand
Turn around and see what we have left behind
Hold My Hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

No matter how far I might be
I’m always gonne be your neighbor
There’s only one small planet where to be
So I’m always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbors
You’re neighbor, my neighbor
We’re neighbors

So Hold My Hand
There are many ways to do it right

Hold My Hand

Turn around and see what have left behind

So Hold My Hand
There are many ways to do it right
Hold My Hand
Turn around and see what have left behind
Hold My Hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you