Monday, December 20, 2010

MASA DEPAN DITANGAN ISLAM

Sudah ditakdirkan
Pucuk perpisahan kan muncul jua
Perpisahan tidak semestinya disambut dengan air mata
Yang pergi akan tetap pergi
Untuk membuka ladang kehidupan yang baru

Sunyi malam dan rentak puisi yang hiba
Telah menangisi bintang yang kelam
Bait-bait yang pilu telah mengajarku tentang kehidupan ini..
Kehidupan dan perjuangan yang aku cita-citakan
Mengajar aku menjadi lebih berani
Walaupun semua menyambut sunyi perjuangan ini

Aku akan berlari dilebuh raya perjuangan ini
Sampai bila-bila kau akan temui aku disini dan disini..

Rindu yang berat kepada sepi yang mendarat
Akan ku lupakan..
Kerana perjuangan yang aku cita-citakan tidak pernah berhujungan
Masa depan pasti ku pastikan di tangan islam..

 hasil nukilan
Dato' Ahmad Syafi'e
(bapa saudaraku)

No comments:

Post a Comment