Thursday, December 23, 2010

today.. PMR..


 

Hari ini..23 / 12/ 2010.. keputusan PMR diumumkan..
Sudah pasti semua calon2 PMR sudah mula cuak seminggu sblumnya.. termasuklah diri ini.
Semalam.. aku bersembang dgn nadzifatun najwa melaui fb. Dia cakap.. nabihah, 9 A..nothing impossible.. argh!! Tu bagi dia.. kalau aku ni, may be lah.. dia asyik memberi ku keyakinan.. tapi, hatiku rasa tidak mungkin.. aku ni bukanlah pelajar yang pintar.. biasa2 je..
Hari ini..
“ biah, bangunlah!! Mak ajak amek result..” adek kembarku itu kejut aku dari tidur..
Aku mengenyeh-ngenyeh mataku. “ ha!! Alah, malas lah.. tak nak pergi lah.. kawan2 Biah ramai tak amek. Call je.” ..
Sebenarnya takut.. kakiku sudah mula rasa sejuk..
Adikku berlari ke ruang tamu sambil menjerit “ mak, biah kata tak mau pergi.”
“tak nak pergi sudah.. emak pergi amek.” Jawab ibuku kembali..
“ adosh!! Baik aku pergi”  monolog sendirian..
Punya lama emak aku tunggu aku.. aku sengaja buat lambat2..kui3..
Tiba2.. henset emak aku bunyi… “ sah!! Adik beradik aku ni.. belom dapat lagi.. dah call” suara aku dah mula tak da..
Memang pon.. mak sedara di perak tu call..alhamdulillah tak dapat result lagi..

Kat matri…
Mula2..aku jumpa tasnim.. sembang2 jap. Selepas tu, aku dgn tasnim insyirah nak pergi pejabat nak tengok yuran dah abes bayar ke belum..
Selesai dah..
Result ambil di lobi putera..
Huh!!
Aku dan tasnim dah mula pegang2 tangan.. sejuk..berpeluh-peluh..
Semua kawan-kawanku bertolak2 tak nak jumpa cikgu ambil slip.. takut…waktu ni..semua oarng tak tau lagi dapat berapa..
cikgu yang jaga ada 5 orang.. cikgu izzah husna, cg. Dahlan, cg. Rogayyah , us. Yazib..lagi seorang tak ingat..
Pelajar puteri dgn cg. Izzah manakala pelajar putera cg. Dahlan dan cg. Rogayyah.
 Maka… hehe.. aku dan tasnim la yang beralah jumpa cikgu..
 “ nama apa??” Tanya cikgu izzah dalam nada yang tenang. “ nabihah binti nawawi, cikgu”..
Pnye la lama cikgu cari nama aku..tak jumpa2…. Ketaq dah ni..
Rupa2nya cg cari kat pelajar puteri kelas 3 p Asiah.. aku kelas 3 p ummu aiman..
Patotlah.. hehe
“nabihah.. Alhamdulillah.. result anti elok2..3 A 6 B.. math anti dapat A..tahniah!!”
Terkejut aku.. tapi, senyumanku tak lekang dari bibir.. bukan sebab gembira, tapi.. ntah lah.. tak de sebab kot.. hehe
“ hah!! Elok cikgu cakap??” jawabku di dalam hati..
Selepas aku.. cik tasnim pla..
Dia sama ngn aku.. dapat 3 A, 4B, 2C..
Tasnim kelihatan sangat gembira.. bibirnya tak lekang dengan senyuman.. lidahnya asyik bertahmid. Alhamdulillah.. aku… entah lah… masih tak puas hati.. tunggu ummi nadia pla.. dia dapat 1 A ..Alhamdulillah..nasywah dapat 4 A 4B 1c.. 
Tahniah tasnim... tahniah ummi… tahniah nasy!! 
emak datang.. minta tengok result aku.. emak senyum je.. tak kata apa2 pon.. huh! Lega…
ha!! lupa nak bagitau.. sahibah sepena dgn aku ni.. najwa, dapat 9 A!! tahniah!! congratz2..
                                                    -nabihah-

No comments:

Post a Comment