Friday, December 24, 2010

REDHO..


Bismillahirrahmanirrahim.

semalam…. 

Ana masih sedih dgn result ana. kakak plak masih membandingkan.. sakit hati.. Lagi bertambah sedih, kawan2 ana ramai dapat E..
pulang ke rumah. Buka laptop abang.. buka fb..
ramai yang online.. semua pakat tanya aku dapat berapa A..
malas nya nak layan.. terus pergi makan tengahari bersama emak di meja makan.. ana diam saja.
Emak cakap “ Alhamdulillah.. ada A.. daripada kawan2 Biah, ramai yang tak ada A, ada fail. Biah ad B saja, C pon tak ada..” 
diam.. Cuma bersuara di dalam hati. “ emak, 3 A tu biasa la.. macam trial biah..”
petang itu..
ana buka laptop ayah pulak. Buka fb.. abang kpd seorang kawan ana ini online. Beliau bekerja sebagai pensyarah di Kolej Teknologi Darulnaim, Kelantan.

.......
Ana       : salam abg ali.. betapa susahnya ana nak redho dgn result ana..macamana nak buat   ni??

Jawapannya sungguh memberi inspirasi..

Ustaz ali : wassalam.. pandangan dengan jiwa dan hati..lihatlah ia dengan sanubari
dan berikan masa utk merenungi..
Reda. pasrah. dan menerima ketentuan Ilahi harus diiringi dengan jiwa yang tahan diuji.     tiada perkara yg mampu menharungi dan menghadapinya kecuali dengan Keimanan yg kuat dan hati yang kukuh..Bersabarlah , yakinlah inilah ketentuan buat diri.
Allah SWT akan memberikan sesuatu yang lebih baik di masa hadapan
aggaplah ia bahawa, kejayaan saudari tertangguh di lain hari
Yakinlah dengan Ilahi
kerana, menyakini tidak pernah diragui
akan memberikan ketenangan yg hakiki.
afwan .


air mataku sudah mula bertakung.. baruku sedar.. Allah bagi semua ini banyak sangat hikmahnya.
Terima kasih ya Allah.. aku ini hamba Mu.. tidak punya apa2. Engkau lebih tahu apa yang terbaik untuk diri ini..
Alhamdulillah..

Aku tanya lagi..

Ana      : kenapa ana rasa macam nak salahkan orang lain.. kawan2 ana..

Ustaz Ali: itu bisikan syaitan. jangan salahkan sesiapa.. reda itu kita TERIMA DENGAN HATIyang lapang. istighfar banyak-banyak. mungkin ini kerana dosa-dosa, kelalaian  kita lakukan..    
Allah hendak didik kita dengan result ini. Mungkin Allah nak tangguhkan kejayaan anti dan beri pada satu masa nanti. Barakallah


Air mataku mengalir semakin deras.. terima kasih abang ali. Nasihat yang sangat bermakna. Muhasabah balik diri ini yang dah banyak terleka.. banyak dosa aku buat tanpa sedari.
satu soalan terakhir..

Ana       : kenapa orang2 diluar sana.. dapat banyak lagi.. sedangkan mereka tak hormat guru2.. buat masalah..    

Ustaz Ali : Kita bimbang, jika kita buat perkara yg tidak elok, dosa dan kelakuan yg tidak soleh . tetapi Allah berikan kejayaan. Ia akan melekaan kita lagi. Ini namanya istidraj. tak pa, biarkan yg berlalu itu berlalu mulakan kehidupan baharu yg dinamik, soleh dan bererti. InsyaAllah.. mabruk alaiki..

Ana       : jazakallah.. nasihat yang amat bermakna.. wassalam..

Subhanallah!! Bagai dapat nyawa kmbali.. alhamdulillah allah hantarkan ada insan yang memberi peringatan sebegini buatku..
Nafas baru..
Aku mengusap air mataku dan bertahmid berkali2.. SPM ada lagi. Itukan Cuma peperiksaan duniawi.. peperiksaan akhirat yang ku tempuhi setiap hari.. adakah aku Berjaya??.. mulakan hidup baru... aku terus memberi motivasi pada diri sendiri..


-nabihah-

4 comments:

  1. Wah.. Subhanallah... cantik jwpn abg ali. Biah redo lah ye? sume yg kte adl yg t'baek utk kte. He kn0ws the best!!! L0ve u..
    me,
    Kak Basyirah

    ReplyDelete
  2. terima kaseh k/... Allah taw apa yg terbaik utk ana..

    ReplyDelete
  3. salam..

    memang betul kadangkala kejayaan itu akan membuat kan kita lalai kerana akan timbul perasaan riak kerana berjaya.. apapun tahniah.. caiyok 4 spm!!

    -yanajr-

    ReplyDelete
  4. -abidatul_alim97-

    kejayaan didunia bukanlah segala-galanya..tetapi..yang perlu ditanya dlm diri kite..apakah kte akan berjaya melepasi peperiksaan diakhirat..kejayaan kte sbenarnya adalah syurga..apakah syurga itu akan menjadi milik kta??kejayaan di dunia akn hilang begitu saja..maka fikirkanlah kejayaan yg akan kekal abadi selama-lamanya..jazakillah atas perkongsiannnya..semoga Allah berikan yg terbaik buatmu ya ukhti..uhibbukifillah abadan abada..

    ReplyDelete